Want your
own Fotopage?







 
~@ My Precious @~

By: haryani jumadi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 5-Apr-2006 01:37 Email | Share | | Bookmark
Jalan-jalan ke Putrajaya

Di Foof Court Masjid Putrajaya
Berlatar belakang kan MAsjid
Masa ni suasana mmg menarik
Dengan ibu pula..
Ambil gambar sendiri huhu
Hmm nak makan apa yek
Last minute plan pergi ke Putrajaya. Cadangan asal nak pergi ke Taman Burung kat nilai. Tapi tu bukan Taman Burung rupanya, padang Golf rupenya. Apalah Ayah ni, beria lah nak tengok burung huhu.. Alang-alang dah kat atas jalan ni, tu yg terus menuju ke Dataran Putrajaya... yehaaaaaaaa

Ish susah betul nak suruh Aidah pandang kamera, by the time nak click mesti dia pandang tempat lain..waduhhhh

gambar berlatar belakangkan JPM tu cantik lah

amik gambar candid aidah tgh belajar berjalan, best jugak

p/s: kak yani, kak nurul dah bersalin, ahad lepas, anak lelaki.
Mon 10-Apr-2006 03:07
Posted by:ina  - [Link]
Yer la ina, semlm dapat sms dari kak Nurul. Semangat juga ek baby Aiman tu.. Tapi tak lawan berat Aidah, 3.8 kg .
Lately tak sempat lagi nak capture photo...bz, ntah bz aper pun tak tahu
Fri 14-Apr-2006 03:18
Posted by:Ibu Aidah haryani@gitn.com.my
Feel free to visit my page to get RM21 for free right now!!
Enjoy your money ya
http://fotografiklance.fotopages.com
Sat 10-May-2008 15:47
Posted by:Mr. Dino
Add comment


Saturday, 4-Feb-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Nur Aidah - tumbuh gigi

Merangkak...tak gerak lagi
Bila dah penat
Merangkak lagi,keluar bilik
Masih boleh tesenyum..still cool
When the cool gone
Dah kurus sket badan, tapi muka maintain
View all 8 photos...
Sejak 4 Februari lalu, Aidah mula meragam. Bila malam, for sure suhu badan naik. Satu malam tu, suhu badan tertinggi pernah dicapai adalah 40 darjah celcius. That is too high for a baby. Alhamdulillah, tak ada perkara yg tak diingini berlaku. tapi malam mmg tak tido sgt, kena monitor Aidah. Bayangkan, betapa panasnya suhu badan Aidah, sampai Cool Fever yg sejuk tu boleh kering... Nur Aidah mmg baby yg sabar. Selain merengek, dia tak adalah menangis terjerit jerit. Starting from that day till now, Nur Aidah kurang makan. Hmmm badan pun dah mula mengurus. Dalam masa nak tumbuh gigi, Aidah nak pandai merangkak. So upah yang diterima mmg byk. Sekarang ni merangkak mmg dah establish. CUma nak menapak tak berapa lagi. Untuk makluman, Aidah tumbuh 2 batang gigi bawah serentak. Ibu tak pernah tahu, yang gigi boleh tumbuh lebih dari satu serentak... Hmm kesian anak Ibu, nak makan pun tak boleh sakit gusi, tekak. But now alhamdulillah semuanya dah OK. Demam pun dah kebah, memerah kat muka dan badan pun dah hilang... . Lega sangat. Nenek Peah punyalah risau.

ala ciannya dia...dah kurus badannya...
Wed 5-Apr-2006 04:10
Posted by:seri  - [Link]
aidah dah berapa bulan ek? dah pandai mintak adik ke?
Wed 5-Apr-2006 08:50
Posted by:quswa
Hmm dia mmg suka budak2. Sekarang dia 8 bulan 3 minggu. Dah lasak sgt, suka explore tpt.
Thu 6-Apr-2006 00:31
Posted by:Ibu Aidah haryani@gitn.com.my
View all 4 comments Add comment


Thursday, 2-Feb-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
KLIA - Last flight to Jeddah

Siap2 nak pergi Shah Alam
Hmmm pergi mana pula kali ni ek
Dalam perjalanan
View all 12 photos...
Paman Pali stay kat rumah semalam, sabtu petang datang. Ahad tu Ayah balik kerja malam, lepas Ayah mandi siap2 nak pergi rumah Nek Peah kat Shah Alam. Hari Isnin, Nek Peah, Tuk Tamin, Pak Busu dan Pak Cik nak g Mekah. Hantarlah g KLIA. Tapi semalam hari yang paling meletihkan buat tahun baru ni. Pukul 10 baru balik rumah. Mana taknya, lepas balik KLIA pergi makan nasi kandaq. Nasib lah masa Ibu makan tokey kedai tu nak jaga Aidah. Aidah pun macam serasi je dgn tokey kedai tu.Ibu wonder why ek? Thought lepas makan nak balik, but not. Terus pergi ke Eka Matahari, rumah Pak cik Wan pula. Lepas Maghrib baru bertolak balik...hmm what a journey...

Care to comment?


Friday, 13-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
Hari di mana Nur Aidah muntah-muntah

nak susu...
bagi buku pun tak nak.
Sebelum hantar Aidah ke nurseri, pergi klinik. Just to make sure Aidah is OK. Since she keep on vomitting from 3.00 am. Doktor kata, Aidah mungkin kena demam virus. She need to fasting. No milk for about 4 hours. Sebab dia akan muntah balik. Daa...kesian nya. Biasanya, pabila Aidah nak titon of course dia nak susu. Mcm mana lah nak tahan bila Aidah nangis sbb nak susu. SO, Ibu bagilah sket. As a result, after half an hour without any sign... uwekkkk... kesiannya...So hari tu Aidah menangis saja.Alhamdulillah, esok harinya Aidah dah tak muntah2. Tapi ganti pula dengan bera2. Hmm . Ganti bulan???

Care to comment?


Tuesday, 10-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
Takbir malam raya

Aidah nak titon la tu
Soto ...
Ayah tgh demo ambil air..
View all 6 photos...
Malam raya, lepas solat Isya' orang surau datang rumah bertakbir. Sekali je. Masa makan kelam kabut sket. Sate laku gila, letak je habis. Jenuh tangan-tangan mengibas sate. Selain tu ada buat soto juga. Malam ni ada lapan buah rumah utk bertakbir. Rumah No 64 rumah pertama.

Care to comment?


Monday, 9-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
Journey to Sitiawan, Perak

Tgh tunggu Ayah kunci pintu
Sebelum bergerak, possing dulu muahs
Hmm terpaksa lah baring, Ibu dah penat
View all 12 photos...
Keluar dari rumah dalam pukul 10 pagi. Heading to Kajang, buat passport Aidah. Dalam pukul 10.30 sampai Plaza Kajang, masuk je Imigresen...puyoooooo punyalah ramai manusia. Nampaknya salah jangka, ni tahun baru dekat Chinese New Year pula tu. For sure lah ramai yang nak balik ke China.. Maybe...Tapi, Alhamdulillah berkat usaha ayah permohonan Aidah dapat proses awal. So dalam pukul 1 baru gerak ke perak. Selama 3 jam perjalanan, betapa bosan nya dok dalam kereta. Kasihan Ayah, penat. Balik kerja malam, tak tidur. Ibu nak drive, Ayah tak bagi. Sampai Sitiawan dalam pukul 4 petang....

Care to comment?


Sunday, 25-Dec-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Rombongan ke rumah pengantin lelaki

Dengan Nek Normah
Dengan Nek Yati pula
Uncle Mustaqim yang setia menanti
View all 4 photos...
Pagi ni kena mandi awal lagi. Tapi sebelum tu dah kena kidnapped dgn Nek Normah. Hmm Insya Allah tahun depan Nek Normah dpt cucu yek..Hmm tapi Ibu lupalah nak snap pictures masa kat kenduri di N.S. Ada beberapa gambar je sebelum Aidah mandi.

Care to comment?


Saturday, 24-Dec-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Nikah day - Auntie Hasanah

Agaknya kenapalah mandi awal sgt ni
Hmm buat mini push up sket
Woah, apa la ada ateh kepala ni
View all 6 photos...
Sabtu pagi tu, dalam pukul 9.00 rombongan lelaki sampai. Aidah bangun awal seperti biasa. Cuma yang luar biasanya,mandi awal hehehe... Biasanya pukul 10 baru mandi, ni pukul 8 dah mandi. Luckily Nur Aidah mmg suka mandi.. Sebelum pergi rumah sebelah, possing sat.

Care to comment?


Thursday, 22-Dec-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Nur Aidah...5 bulan

One...
Two..
Nenek Sal dukung...
View all 6 photos...
Pejam celik pejam celik dah 5 bulan...Sekarang ni Aidah dah pandai baring semula, cuma kekadang je tangan tersangkut bila nak roll back. Ada masa tu, bila tiarap Aidah suka menonggengkan punggungnya yg tembam ahahaha...sbb pampers. Tido pun semakin nakal, ayahnya kata. Mana taknya habis satu katil di conquer nya. Sekarang ni kena extra caution kalau Aidah dok atas katil,takut terjatuh. Maklumlah, dah tambah skill mengesot, berguling dan kedepan.

Care to comment?


Wednesday, 21-Dec-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Batu Pahat we go...

Saper lagi bulat mukanya...
Ibu, kat mana sekarang nih.
Baring aje pun letih tau...
View all 6 photos...
11 Disember lalu, pergi kenduri kahwin kawan Ayah kat Parit Sulong. Paman Pali pun ikut sekali. Sarapan di R&R Senawang. Lepas perut dah kenyang, continue the journey. Alhamdulillah,lebih kurang 2 jam lebih tempat yg dituju berjaya sampai dgn selamat walaupun peta yang ada tak berapa tepat. Aidah pun dah berapa kali bangun tido bangun, tak sampai2 hehehe.... Aidah setakat ni tak pernah meragam bila travel. Syukur alhamdulillah, baik anak Ibu ni

Care to comment?


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.